Itm

ITM.

Advertisements

Terjemahan.

[11:29 PM 12/19/2018] Muhammad MirFatir:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

*Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.*

📚 *TERJEMAHAN* 📚
💚 *SURAH SABA’ / KAUM SABA’* ❤

📗📚🌴 *PENUTUP*:

*Surat Saba’ mengutarakan hal-hal yang berhubungan dengan kebangkitan di akhirat, celaan terhadap perbuatan-perbuatan dan kepercayaan orang musyrik dan berhala-berhala mereka yang tidak dapat memberi faedah kepada mereka; kemudian diselangi dengan kisah-kisah, seperti kisah Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. dan kisah kaum saba’ yang hidup berlebih-lebihan sampai melupakan Tuhan; kemudian menemui kehancurannya. Semuanya ini adalah sebagai pelajaran bagi kaum mukmin dan sebagai penawar bagi Nabi Muhammad s.a.w. dalam menghadapi orang-orang kafir.*

📖💚 *HUBUNGAN SURAT SABA’ DENGAN SURAT FAATHIR* 📖❤

*1 – Sama-sama dimulai dengan puji-pujian kepada Allah Pemilik dan Pencipta semesta alam.*

*2 – Surat Saba’ menceritakan kehancuran orang musyrik akibat perbuatan mereka yang selalu memusuhi para Nabi dan orang-orang mukmin; sedang surat Faathir; menyuruh agar orang-orang mukmin bersyukur dan memuji Allah swt atas nikmat-nikmat-Nya yang di antaranya kehancuran musuh-musuh mereka.*

*3 – Dalam surat Saba’ Allah swt menerangkan bahwa segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi adalah milik-Nya dan di bawah pengetahuan-Nya sedang surat Faathir menjelaskan bagaimana Allah swt menerangkan dan mengatur apa yang di miliki-Nya itu.*

📚🔜📖 💚 *SURAH FAATHIR / PENCIPTA* ❤

Tangungjawab.

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*بسم الله الر حمن الر حيم*
*١ ھري ١ حديث*

20hb Disember 2018
12hb Rabiul Akhir 1440H

*Tanggungjawab Sesama Muslim*

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

*Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.* (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

*keterangan*

1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2. Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b. Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4. Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat

5. Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6. Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:

a. Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b. Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا. وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا. وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا
وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا